Svetlana nordin & co Keadilan Untuk Semua • Kebaikan Melalui Undang-undang Est. 2016 The Criminal Lawyer.

Svetlana Nordin & Co

Svetlana Nordin & Co. merupakan sebuah firma undang-undang yang ditubuhkan pada September 2016 dan berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. Svetlana Nordin & Co menyediakan perkhidmatan peguambela bagi kes-kes jenayah di seluruh semenanjung Malaysia.

Dalam tahun pertama pertubuhan kami, Firma ini telah menjadi Panel/Penasihat Undang-undang untuk:

The Criminal Lawyer.

Visi Kami

FIRMA MASYARAKAT

Kami berhasrat menjadi firma berjiwa masyarakat dan ini boleh dilihat pada kepala surat firma kami yang tertera empat bahasa yang mewakili empat kaum utama di Malaysia iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Keadilan Untuk Semua

Ini adalah prinsip asas dalam menegakkan keadilan bagi semua pelanggan kami serta seluruh masyarakat.

Kebaikan Melalui Undang-undang

Kami percaya dalam menegakkan undang-undang untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kami. Kami menggenggam kuat kepada prinsip hidup bertamadun dan mematuhi peraturan agar masyarakat hidup bahagia dan harmoni.

Pilihan Utama

Kepakaran Kami

Sebagai bekas Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara Malaysia, Pengasas kami, Puan Svetlana Nordin, telah berjaya menangani beribu kes jenayah sejak tahun 2008 hingga 2016 yang telah memberikannya pengalaman dan pengetahuan mendalam mengenai perkara-perkara jenayah.

Di samping itu, kepelbagaian pasukan Pembantu Undang-undang kami membolehkan kami merangkumi bidang amalan yang lebih luas.

Kesungguhan kami untuk keadilan juga menjadi pencetus semangat untuk kami menghulurkan bantuan undang-undang kepada masyarakat.

Bidang Amalan Undang-undang

Perkhidmatan Kami

Kami menawarkan perkhidmatan menyeluruh terutamanya dalam masalah Jenayah. Kami juga menawarkan perkhidmatan lain dalam bidang Litigasi Umum & Sivil, Pertikaian Pekerjaan & Buruh, Litigasi Korporat & Komersial, Saman Fitnah, Insolvensi, dan banyak lagi.

Jenayah Umum

Pencurian, rompakan, ragut, pencurian oleh pekerja, rompakan bersenjata api, rompakan geng, pencurian kenderaan bermotor, dan lain lain.

Akta Antipemerdagangan Orang dan Akta Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Jenayah Komersil

Jenayah pecah amanah umum, pecah amanah oleh pekerja, pecah amanah oleh pengarah, penipuan, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan lain lain.

(S.408, S.409, S.420, S.403, S.424)

Kes Dadah

Memiliki – S.12 (2), S.6, S.39A (1) & S.39A (2)
Mengedar – S.39B
Di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 / Akta Racun
Urin – S.15 (1) & S.39 C DDA 1952

Jenayah Berat

Keganasan / SOSMA / POCA. / LLPK, senjata api, perdagangan manusia

Jenayah Seksual

Rogol, rogol berkanun (bawah umur), penganiayaan, liwat, sumbang mahram, dan lain-lain

Pencegahan Rasuah

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)

Pengadilan Am & Sivil

Pemulihan hutang, kecuaian, pertikaian penyewaan, penggubalan kontrak / pertikaian, saman malu / fitnah

Perbadanan Korporat & Komersial

Perselisihan korporat, perselisihan pemegang saham, pertikaian usaha sama, penggubalan perjanjian komersial, perintah

Pertikaian Pekerjaan & Buruh

Pemecatan tidak adil, pemecatan konstruktif, pemberhentian kerja, penyusunan semula

Untuk Masyarakat

Bantuan Undang-undang

Facebook

Berhubung Dengan Kami

Tanya Pasal Prosedure

Kes Jenayah

Halaman Facebook Tanya Pasal Prosedure Kes Jenayah (TPPKJ) telah dibuat pada tahun 2017 oleh Pengasas kami, Puan Noor Svetlana sebagai sebuah program jangkauan masyarakat yang bertujuan memberi nasihat undang-undang mengenai kes jenayah dan berkongsi ilmu asas mengenai perkara, prosedure dan proses undang-undang.

Halaman Facebook ini dibuat khas untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, terutama bagi waris tertuduh (OKT) yang mungkin tidak berpengetahuan mengenai perkara undang-undang.

Setelah hampir mencapat 6000 pengikut pada tahun keempatnya, Puan Svetlana telah mengakui perlunya bantuan undang-undang yang diperpanjang, dan seterusnya menjadikan TPPKJ sebagai pelantar dalam menyediakan klinik undang-undang percuma atau berpatutan untuk pengikutnya di Facebook.

Untuk Masyarakat

Klinik Undang-Undang

Atas sambutan TPPKJ yang menggalakkan, Puan Svetlana telah memperluas perkhidmatannya untuk menyediakan klinik undang-undang secara percuma atau berpatutan kepada individu yang berkelayakan. Klinik ini berlangsung di ibu pejabat Svetlana Nordin & Co dan juga melalui Facebook secara dalam talian.

Berikut merupakan beberapa maklum balas yang telah kami terima daripada pelanggan-pelanggan kami selama ini.

Klinik Undang-undang

Soalan Lazim

Apakah itu klinik undang-undang (bantuan undang-undang) Svetlana Nordin & Co?

Klinik undang-undang kami adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial kami terhadap masyarakat di mana kami menyediakan perundingan undang-undang secara percuma atau pada harga yang berpatutan kepada semua warga negara Malaysia berpendapatan rendah dan sederhana.

Apakah bidang yang diliputi dalam perundingan?

Tumpuan utama kami adalah kepada kes jenayah. Sila klik di sini untuk senarai liputan kes yang lengkap.

Berapakah harga bayaran untuk mendapatkan nasihat undang-undang?

Jumlah bayaran adalah berdasarkan beberapa faktor dan syarat termasuk jumlah pendapatan isi rumah dan juga latar belakang keluarga. Bagi mereka yang tidak layak mendapat perundingan percuma, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu dengan harga bayaran yang minimum demi menegakkan ihsan dan keadilan dalam perkhidmatan.

Perlukah saya membuat temujanji?

Sebaiknya, anda dinasihatkan untuk menghubungi kami melalui Whatsapp atau hubungi kami di +6017 – 2003112 untuk mengemukakan ringkasan kes anda serta membuat temujanji.

Di manakah sesi perundingan ini akan dijalankan?

Sebilangan besar rundingan akan dijalankan di ibu pejabat kami yang terletak di 3 Towers Ampang, Kuala Lumpur. 

Sekiranya anda berada di luar Kuala Lumpur, maka temujanji rundingan boleh dibuat dengan peguam kami bila mana kami mengendalikan kes di mana-mana mahkamah di luar Kuala Lumpur yang berdekatan dengan anda.

Apakah yang harus saya sediakan untuk sesi perundingan?

Sebaiknya bawa bersama kronologi peristiwa dan juga dokumen yang berkaitan dengan kes tersebut.

Berapa lama sesi perundingan akan berlangsung?

Jumlah masa bagi setiap sesi ialah di antara 30 hingga 45 minit, oleh itu anda disarankan untuk membuat persediaan yang secukupnya sebelum sesi perundingan berlangsung.

Hubungi Kami

Kami berhasrat menjadi firma yang benar-benar berjiwa masyarakat. Adalah menjadi keutamaan kami untuk memberi bantuan tanpa prejudis.

Hubungi kami untuk mengetahui sama ada anda layak untuk mendapat bantuan klinik undang-undang PERCUMA kami.

    Keadilan Diutamakan

    Kepada Pelanggan