SUMBANGAN UNTUK TABUNG RAYUAN BAWA PULANG FAIQ KE MALAYSIA

Klik di sini untuk sumbangan ke Tabung Rayuan Bawa Pulang Faiq :

Kes Faiq kini akan diteruskan ke peringkat Rayuan (Appeal) di Mahkamah Tinggi di daerah Kanazawa, Jepun, dengan prosiding rayuan dijadualkan berlangsung pada minggu pertama September 2026.

Masa yang ada semakin singkat. Kami perlu membuat persiapan dan bergerak ke Jepun lebih awal bagi menguruskan segala urusan berkaitan kes serta persediaan menghadapi prosiding rayuan.

    Sehubungan itu, Tabung Rayuan Faiq diteruskan bagi membantu:

    1. Meneruskan kes Faiq ke peringkat Rayuan (Appeal) di Mahkamah Tinggi daerah Kanazawa, Jepun.
    2. Menanggung kos perjalanan dan urusan sepanjang berada di Jepun, termasuk persediaan prosiding serta tarikh-tarikh mahkamah tinggi yang akan datang.
    3. Membayar gantirugi keseluruhan kepada pengadu/mangsa, yang dianggarkan berjumlah lebih kurang RM1 juta.
    4. Menampung kos guaman dan perbelanjaan berkaitan prosiding rayuan sehingga kes ini selesai.

    🤲🏻 CARA UNTUK MENYUMBANG

    Sumbangan boleh dibuat melalui:

    1. Platform Fundraising — BANTU FAIQ

    Untuk pilihan yang lebih telus, anda juga boleh menyumbang melalui:

    Melalui platform ini, jumlah kutipan dan perkembangan tabung dapat dilihat dengan jelas oleh semua, supaya penyumbang boleh mengikuti pergerakan dana dan perkembangan kempen secara lebih terbuka dan telus.

    2. Scan QR

    Sila scan QR yang disediakan.

    3. Bank In

    Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun bank yang telah disediakan.

    Setiap sumbangan, walau sekecil mana pun, amat bermakna.

    Masa semakin suntuk. Kami sangat mengharapkan sokongan, doa dan keprihatinan semua untuk membantu Faiq dan keluarganya meneruskan perjuangan ini sehingga ke peringkat akhir.

    Semoga setiap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga serta membantu usaha mendapatkan keadilan untuk Faiq.

    MARI KITA BERSAMA-SAMA BAWA PULANG FAIQ KE PANGKUAN KELUARGA. 🤲🏻

    Sumbangan anda hari ini mungkin menjadi harapan untuk Faiq kembali bersama keluarganya.

    Ketelusan

    Pihak Tetuan Svetlana Nordin & Co akan:

    • Memantau jumlah dana terkumpul secara berkala
    • Memastikan dana digunakan bagi tujuan di atas sahaja
    • Memberikan kemas kini dana secara telus kepada umum

    Sebarang lebihan dana (sekiranya ada) akan disalurkan kepada rumah anak yatim / badan kebajikan dan akan dimaklumkan.

    Apa Seterusnya?

    1.⁠ ⁠Meneruskan proses mahkamah di peringkat rayuan iaitu di mahkamah tinggi Nagoya, Kanazawa.
    2.⁠ ⁠Mengumpul RM1 juta untuk membayar kerugian mangsa supaya adik Faiq dapat bebas lebih awal.

    Terima Kasih Atas Sokongan Anda 🤍

    Setiap sumbangan, doa dan sokongan anda amat bermakna buat keluarga kami.

    Sebarang pertanyaan:
    Naz : 011 6439 1517
    Gayu : 014 960 0719

    Bantulah kami sekeluarga,
    En Jailani B. Ambak (ayah adik Faiq)